Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netizen Dakwa Filem Malaysia Asyik Genre Sama, Beto Kusyairi Pertahan Industri - “Awak Support Tak Filem Yang Lain Dari Kebiasaan..?”

Foto: Instagram

Seorang pengguna Threads mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas meluahkan pandangan bahawa industri filem Malaysia didakwa masih berlegar dalam pola cerita yang sama berulang kali.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, pengguna berkenaan menyenaraikan beberapa tema yang dianggap sering digunakan dalam filem tempatan seperti kisah gangster, elemen hantu yang dikaitkan dengan agama, serta naratif berkisar polis dan tentera.

Pengguna itu turut mempersoalkan sama ada pembikin filem tempatan tidak mempunyai idea baharu untuk diketengahkan serta mengajak orang ramai mencadangkan genre berbeza yang boleh diterokai.

Namun, kenyataan itu kemudiannya mendapat reaksi daripada pelakon popular, Beto Kusyairi yang tampil memberikan pandangan balas secara terbuka.

Menurut beliau, industri sebenarnya sudah pun menghasilkan pelbagai karya dengan pendekatan berbeza, namun persoalan utama ialah sejauh mana penonton memberi sokongan terhadap filem-filem tersebut di pawagam.

“Bila ada pembikin yang berani membikin lain dari kebiasaan awak pergi support kat pawagam tak?” katanya.

Beliau turut menyenaraikan beberapa judul filem tempatan yang pernah diterbitkan sebagai contoh karya yang cuba membawa kelainan daripada genre arus perdana.

“Imaginur, Reversi, Badak, Mencari Ramlee, Abah Saya Uncle Mike, Gayong 1&2, Libang Libu & beberapa lagi. Ke tunggu Netflix? Atau lebih teruk tengok kat link haram? Tanya serius ni.”

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang turut membincangkan isu sokongan penonton terhadap filem tempatan yang mencuba sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan.

Sumber: Threads

ERA Muzik Hit Terkini