Skip to main content

Advertisement

Budaya & Masyarakat

Tampil Dengan Topi Petani di Mekah, Keluarga Ini Curi Hati Ramai

Foto: Sinpo TV

Suasana di Tanah Suci baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila sebuah keluarga dari Yogyakarta, Indonesia tampil dengan gaya sederhana namun cukup unik ketika menunaikan ibadah haji.

Advertisement

Menerusi sebuah video yang beredar, mereka dilihat memakai topi anyaman tradisional yang kebiasaannya digunakan golongan petani di sawah sebaik tiba di lapangan terbang di Arab Saudi.

Momen berkenaan tular selepas dimuat naik oleh akaun TikTok @sinpotv yang memaparkan beberapa ahli keluarga tersebut sedang menunggu sambil mengenakan topi berkenaan.

Menurut seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Anton, topi itu mempunyai nilai sentimental tersendiri dan bukan sekadar dipakai untuk gaya.

Jelasnya, ia menjadi simbol perjalanan hidup mereka sebagai petani sebelum diberikan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Mekah sebagai tetamu Allah.

 

@sinpotv Di tengah lautan jemaah haji Indonesia yang mengenakan pakaian seragam dan koper modern, ada pemandangan yang mencuri perhatian di Tanah Suci. Satu keluarga petani asal Indonesia tampil sederhana dengan mengenakan caping khas petani saat menjalankan ibadah haji. Kesederhanaan mereka menjadi simbol perjuangan, kerja keras, dan doa panjang yang akhirnya terwujud di Baitullah. #sinpotv #sinpotvnews #Haji2026 #Haji #ArabSaudi #inspirasi ♬ suara asli - SIN PO TV

 

 

Keunikan keluarga tersebut segera menarik perhatian warga maya hingga video berkenaan meraih ribuan tontonan serta pelbagai reaksi positif.

Ramai menyifatkan penampilan mereka cukup sederhana tetapi sarat dengan makna, selain memuji sikap keluarga itu yang tidak pernah melupakan asal usul sendiri.

“Kreatif juga, boleh guna sebagai pelindung panas,” tulis seorang pengguna media sosial.

Tidak kurang juga yang tersentuh melihat bagaimana mereka tetap membawa identiti kehidupan sebagai petani walaupun berada jauh di Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Sumber: Sinpo TV

THR GEGAR Permata Pantai Timur