Terbang mengisahkan Ajeet, seorang pelumba rali yang pernah berada di puncak kejayaan sebelum sebuah tragedi membuatkannya meninggalkan dunia perlumbaan. Lima tahun kemudian, dia kembali ke trek dan bergandingan dengan pelumba muda, Kitt, untuk membawa pasukan PERT Malaysia ke pentas antarabangsa. Berdepan trauma masa lalu, konflik dalam pasukan dan tekanan perlumbaan, Ajeet perlu bangkit semula demi membuktikan bahawa semangat seorang juara tidak pernah benar-benar hilang. Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar legenda rali negara, Karamjit Singh, dan dibintangi Irfan Zaini, Jack Tan,
Zizan Razak, Nam Ron serta Diana Danielle.
ERA bagi peluang untuk korang jadi antara yang terawal saksikan Terbang di layar besar!
Date: 16 September 2026