Satu Nama, Satu Suara. KITA FM 2026
Kembali Lagi! Bila kita bersatu, kemeriahan berganda! Sempena sambutan bulan kebangsaan, KITA FM menghimpunkan stesen-stesen radio di bawah Astro Audio untuk membawakan liputan eksklusif, siaran langsung luar (Outside Broadcast), dan siri jelajah mega terus kepada anda di seluruh negeri.
Sorotan Acara Utama
- Perarakan Hari Kebangsaan & Siaran Luar (31 Ogos)
Saksikan gabungan 5 stesen utama iaitu ERA, SINAR, HITZ, MY, dan RAAGA bersiaran secara langsung dari Dataran Putrajaya bermula jam 6:00 pagi. Jangan lepaskan peluang melihat kemunculan istimewa Bas KITA FM berarak dalam perbarisan Hari Kebangsaan dan bertemu dengan personaliti radio kegemaran anda.
(Masa siaran terperinci akan dikemas kini)
Bas KITA FM di Menara KL (31 Ogos | 2:00 PM – 4:00 PM)
Meriahkan sambutan Hari Kebangsaan anda di Menara KL! Sertai sesi flag-off, pelbagai aktiviti pentas interaktif bersama barisan personaliti radio, dan bawa pulang hadiah serta cenderahati eksklusif daripada penaja.
Jelajah Bas KITA FM Satu Malaysia
Gabungan 13 stesen radio bersatu menjelajah ke setiap negeri menerusi Jelajah Bas KITA FM. Temui personaliti radio kegemaran anda secara langsung, nikmati siaran luar di lokasi anda, dan saksikan mini showcase istimewa bersama barisan artis popular tanah air.
14 September 2026 : Personaliti ERA SABAH akan\ memeriahkan hentian TAMAN AWAM TELUK LIKAS.
Larian KITA FM (Misi 63KM) Sahut cabaran larian bersama 13 stesen radio di setiap negeri bagi melengkapkan misi larian sejauh 63 kilometer!
• Sabah ( 14 September | 5: 00 PM – 7:00 PM): Larian 5 KM di Teluk Likas, Kota Kinabalu
Ikuti perkembangan terkini, jadual siaran, dan kandungan eksklusif di laman web serta semua platform media sosial rasmi kami.
Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni
Terima kasih Malaysia kerana terus bersama KITA FM!