Skip to main content

Advertisement

General

Pantau Aktiviti Anak Ketika Cuaca Panas, Elak Risiko Dehidrasi dan Strok Haba

185+ Thousand Asian Play Summer Royalty-Free Images, Stock Photos ...

Gambar Hiasan

Advertisement

Cuaca panas yang melanda ketika ini menuntut perhatian serius, khususnya dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak aktif. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan bahawa aktiviti fizikal, terutama yang dilakukan di luar bangunan, boleh menyebabkan kehilangan cecair badan secara ketara melalui proses perpeluhan.

Menurut KKM, keadaan ini bukan sahaja meningkatkan risiko dehidrasi, malah pendedahan berpanjangan kepada pancaran matahari juga boleh membawa kepada strok haba iaitu satu keadaan kesihatan yang berbahaya jika tidak ditangani dengan segera.

Aktiviti seperti berlari, bermain bola atau berbasikal di bawah terik matahari menyebabkan tubuh kehilangan air dengan cepat. Tanpa pengambilan cecair yang mencukupi, kanak-kanak lebih mudah mengalami simptom seperti pening, keletihan melampau, sakit kepala dan dalam kes serius, boleh pengsan.

Sehubungan itu, ibu bapa disaran memainkan peranan penting dalam memantau pergerakan dan aktiviti fizikal anak-anak, khususnya ketika suhu persekitaran meningkat. Elakkan membiarkan mereka bermain di bawah sinaran matahari yang terik, terutamanya pada waktu puncak antara tengah hari hingga petang.

Jangan Pandang Remeh Pada Lukisan Kanak-Kanak! Anak Suka Melukis Bukan ...

Gambar Hiasan

Sebaliknya, galakkan anak-anak untuk melakukan aktiviti di dalam rumah atau di kawasan teduh, serta memastikan mereka minum air secukupnya sebelum, semasa dan selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Langkah pencegahan awal ini amat penting bagi melindungi kesihatan anak-anak daripada risiko dehidrasi dan strok haba, sekali gus memastikan mereka kekal sihat dan bertenaga walaupun dalam keadaan cuaca panas.

 

 

THR GEGAR Permata Pantai Timur